Selasa, 02 Maret 2010

XII IPA 1


Hati ini bagaikan bercerai kepada cebisan-cebisan yang bertaburan ..Belum pasti adakah mampu aku menjumpai cebisan-cebisan itu kembali.. Setiap cebisan berterbangan ditiup angin, dibawa ke merata tempat.. Begitulah rasa di hati kecilku ini, terpaksa menerima perpisahan sahabat-sahabat seperjuangan dan sepermainan selama 3 tahun.. Amatlah sedih tak terkata, amat rindu tak terhingga.. Kami belajar semeja, main sepadang, bergurau sebilik, tidur sebantal, sekatil dan kadang-kadang seselimut lagi tu.. Tapi, hari ini sehari-harianku diharungi keseorangan, tidak berteman,setiap detik yang berlalu mengingatkan aku akan memori yang dilalui.. Namun, apakan daya, SETIAP YANG BERTEMU PASTI BERPISAH.. Itu sudah ketentuan illahi.. Setiap lambaian terakhir yang diberi, setiap salaman akhir yang dihulurkan, setiap kata-kata akhir yang diucapkan sentiasa terngiang-ngiang.. Sesungguhnya, aku sentiasa berdoa kepada Allah, agar perpisahan itu hanaylah kerana-Nya dan janganlah dijadikan itu kali terakhir kami berjumpa.. Ikhlas, aku sangat berharap dapat bertemu kembali, bersama-sama dengan semua sahabat-sahabatku..

"Ya Allah, sesungguhnya kami bertemu keranaMu, kami berjuang keranaMu, dan hari ini kami berpisah keranaMu.. Ya Allah, jadikanlah pertemuan dan perpisahan kami dalah suatu yang diberkati olehmu.. Aku memohon kepadamu Ya Allah, agar Kau temukan kami kembali semula.. Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.. Kau kurniakanlah kami akhlak yang terpuji, jadikanlah kami insan yang berguna kepada AgamaMu.. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Wadud, Kau kurniakanlah setiap seorang dari kalangan kami Calon Mahasiswa Baru Th 2010/11 ini mendapat kejayaan ... Ameen Ya Rabbal 'Alamin...."

Kepada sahabat-sahabat yang membaca, sesungguhnya aku amat sayang kalian semua..
I love you all, my friends..


Tidak ada komentar:

Posting Komentar